LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 8 December 2011

Widgets

AIRASIA TAWAR TAMBANG 10 SEN




KUALA LUMPUR, 7 Dis : AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam Rabu.

Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.

"Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami.

"Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dengan menyediakan "Pengalaman AirAsia" yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat," kata Ketua Serantau bahagian Komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh tempahan adalah bagi empat hari sehingga 11 Dis, 2011, bagi tempoh perjalanan bermula 1 Julai hingga 27 Okt, 2012.

Tan berkata, selain daripada tambang yang luar biasa murah ini, ia juga akan mengurangkan fi pemprosesannya yang terpakai bagi semua urus niaga dalam talian yang dibuat menerusi kad kredit atau kad caj di laman web daripada RM8 setiap pelanggan bagi setiap sektor, kepada hanya RM5 setiap pelanggan bagi setiap sektor.

Beliau berkata urus niaga debit langsung masih terus percuma dengan tujuh rakan kongsi banknya di Malaysia. Tambang itu yang bagi perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api dan fi/bayaran tidak wajib lain.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX