LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 8 December 2011

Widgets

BUAYA DI TAMAN BULATAN BERJAYA DITANGKAP



Gambar dari theborneopost.com

MIRI: Buaya yang berada di tasik buatan Taman Bulatan Miri berjaya ditangkap pagi semalam setelah usaha untuk menangkap reptilia berkenaan tidak berhasil sebelum ini.

Dengan tertangkapnya buaya berkenaan, ia sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bimbang dengan kehadiran buaya tersebut yang dilihat muncul di tasik terbabit beberapa bulan lalu.

Buaya tersebut ditangkap pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas seorang pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang mengawasi tasik berkenaan memeriksa umpan yang diletak-kan di situ.

Selain SFC, usaha menangkap reptilia tersebut turut dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pengurus Besar SFC, Wilfred Landong ketika dihubungi semalam berkata, buaya terbabit dihantar ke Taman Buaya Miri di Kuala Baram dekat sini.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX