LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 6 December 2011

Widgets

DEMI ANAK, BAPA MATI LEPAS



BINTULU: Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi di Pantai Temasya, Tanjung Batu.

Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang bapa lemas dalam usahanya untuk menyelamat anaknya yang juga hampir lemas di Pantai Temasya, Tanjung Batu lewat petang semalam.

Begitupun usaha bapa terbabit berbaloi kerana anaknya selamat dalam kejadian itu, namun beliau sendiri terkorban.

Mangsa dikenali sebagai Juli Engun dari Rumah Engun, Batu 61, Jalan Sibu-Bintulu, Sibu.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Thomas Umpang berkata, keluarga yang dianggotai empat hingga lima orang itu sedang berkelah di pantai tersebut sebelum tragedi berlaku.

“Semasa perkelahan, tidak semena-mena mereka dikejutkan dengan kejadian anak mereka yang hampir lemas ketika mandi. Melihat keadaan itu, si bapa nekad untuk membantu menyelamat anaknya tetapi beliau sendiri gagal menyelamatkan diri.

“Anak mangsa selamat manakala mangsa lemas dalam kejadian itu,” ujarnya semasa ditemui Utusan Borneo di Pantai Temasya, Tanjung Batu lewat petang semalam.

Terdahulu, katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.10 petang dan bergegas bersama 11 anggota, sebuah jentera bomba dan kenderaan utiliti ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

“Dalam operasi itu, kami menemui mangsa terdampar di pantai dan paramedik dari Hospital Bintulu yang turut berada di tempat kejadian memeriksa keadaan mangsa mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 6.27 petang tadi (semalam),” katanya.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]



Jika maklumat di atas memberi manfaat/faedah kepada anda, sila klik di sini untuk mengetahu manfaat yang akan anda perolehi dari Sunway Education Day. Yuran? Jangan bimbang. Kerajaan bertanggungjawab kan ada. Adakalanya, masa hadapan anda dicorakkan oleh satu klik di sini. Jangan bimbang, klik ini percuma.
Explore, Experience and Enjoy! Sunway Education Day is happening on the 17th and 18th December 2011. Come and explore the many exciting pathways to your dream careers with our insightful talks and showcases, or drop by and have a chat with Sunway Education experts who will guide you to your choice of university or preferred profession. Prepare yourself to be fascinated by our Campus Showcase, Culinary Masterpiece, Works of Art by talented students and career test on the Education Day. Don’t miss out this great opportunity!

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX