LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 1 December 2011

Widgets

DUA MAUT, EMPAT PARAH KEMALANGAN DI KUDAT LIBATKAN KERETA DAN 4X4





KOTA KINABALU: Kereta Proton Wira bertembung pacuan empat roda di Kilometer 3.5 Jalan Bak-Bak Kudat.

Dua orang maut manakala empat lagi parah selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Kilometer 3.5 Jalan Bak-Bak dekat sini kelmarin.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Proton Wira terbabit, Maryati Johari, 25, dan penumpang hadapannya, Jaidy Jafar, 24, yang mengalami kecederaan teruk di bahagian badan dan kepala.

Empat lagi penumpang bahagian belakang iaitu Yusri Yusran, 16, Andy Ridzuan, 16, Ardi Mohd Kassim, 15, dan Norain Norah Mohd, 12, dilaporkan parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kudat.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini] dan [sila klik di sini]




Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX