LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday 29 December 2011

Widgets

JALAN TRANS BORNEO TERPUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH DI KM77 JALAN SERIAN-SRI AMAN


KUCHING, 28 Dis : Jalan Trans Broneo yang menghubungkan Kuching dan bandar-bandar utama lain di Sarawak terputus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di KM77 Jalan Serian-Sri Aman.

Pemangku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Sarawak Datuk Misnu Taha ketika dihubungi Bernama berkata kejadian pada pukul 8.45 malam berlaku berhampiran Semukoi dekat Balai Ringin di daerah Serian.


Katanya berikutan kejadian tersebut Jalan Trans Borneo tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan dan kerja-kerja untuk membaik pulih segera jalan tersebut kini sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Setakat ini kerja untuk membaik pulih jalan yang rosak itu sedang giat dijalankan oleh pihak JKR selepas menerima laporan kejadian itu," katanya.

Menurutnya tiada sebarang kemalangan jiwa ataupun kenderaan yang terbabit dilaporkan akibat tanah runtuh tersebut.

Sumber : BERNAMA


[Berita Bergambar 1]

[Berita Bergambar 2]

[Berita Bergambar 3]

[Berita Bergambar 4]

[Berita Bergambar 5]

[Berita Bergambar 6]

[Berita Bergambar 7]

[Berita Bergambar 8]
 

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX