LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Saturday 3 December 2011

Widgets

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT DITIMPA POKOK KELAPA DITEBANG JIRAN



BESUT, 3 Dis : Seorang penduduk menunjukkan lokasi di mana Muhammad Faiz Hakimi Aziz, 4 maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang oleh jiran yang dibantu keluarganya di Kampung Gong Dasar, Jabi dekat sini kira-kira jam 3.15 petang semalam. Ketika kejadian Muhammad Faiz dikatakan berada dilokasi lain tetapi telah berlari ke arah ibunya Rogayah Mohammad, 40 yang berada dekat dengan pokok tumbang itu sebelum ditimpa pokok berkenaan. Foto dari BERNAMA

[Foto 1 = BERNAMA]

[Foto 2 = BERNAMA]


BESUT, 3 Dis : Seorang kanak-kanak berumur empat tahun maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang jirannya di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat sini petang Jumaat. Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan melintas secara tiba-tiba di bawah pokok kelapa yang ketika itu sedang tumbang setelah ditebang.

Penebangan pokok kelapa yang condong ke arah rumah jiran kanak-kanak itu dilakukan oleh jiran mereka dengan bantuan keluarga kanak-kanak itu. Ibu kanak-kanak itu, Rogayah Mohamad, 41, turut menyaksikan kerja penebangan pokok itu dan Muhammad Faiz Hakimi melintas di bawah pokok berkenaan untuk pergi ke arah ibunya," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini. Rogayah, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka anak bongsunya itu akan berlari ke arahnya ketika pokok sedang tumbang.

"Sebaik melihat anak saya ditimpa bahagian tandan dan daun-daun pokok kelapa itu, saya dan keluarga yang lain segera mencarinya di celahan daun kelapa. "Kami menemuinya terbujur di situ dalam keadaan berlumuran darah," kata ibu kepada lapan anak itu.

Berita selanjutnya, [sila klik di sini]


Jika artikel di atas memberi manfaat, sila klik di sini untuk mengetahui keseronokan yang ditawarkan oleh pakej percutian 3 hari 2 malam di Universal Studio secara PERCUMA dengan memenuhi beberapa langkah mudah. Seronoknya cuti di Universal Studio, Singapura bersama PTS dan MPH


Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX