LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 21 December 2011

Widgets

KERAJAAN KEDAH TETAP AKAN ROBOHKAN MADRASAH SALIHIAH

  
ALOR SETAR, 21 Dis : Kerajaan Negeri Kedah tetap akan merobohkan Madrasah Sahiliah di Jalan Tambang Badak di sini, antara bangunan yang terjejas dalam pembangunan projek Aman Central.

Menegaskan demikian Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.

Projek Aman Central yang termasuk pembinaan sebuah hotel lima bintang akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Kita dan pihak pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir sekali dirobohkan ialah surau itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

[First Ever Malaysian Action Figure Rock Song! - Park it!]

Katanya beliau telah melawat tapak pembinaan dua hari lepas dan Ketua Pegawai Eksekutif Belleview Group (pemaju) telah mengesahkan tidak ada sebarang masalah dari segi undang-undang.

"InsyaAllah dalam masa 32 bulan kita akan siapkan projek tersebut. Mereka (pemaju) juga akan mulakan kerja-kerja pembinaan hotel lima bintang di sebelah itu dan ia tidak melibatkan kerja-kerja perobohan yang banyak," katanya.

Azizan berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

"Pada masa hadapan, kalau kawasan itu dah maju mungkin kita boleh tunaikan Solat Jumaat di surau itu," katanya.

Sumber = BERNAMA

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX