LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 5 December 2011

Widgets

SEGERA DAFTAR I-AKAUN KWSP UNTUK MUDAH SEMAK AKAUN SECARA ONLINE




KUALA LUMPUR, 5 Dis : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta ahlinya mendaftar untuk i-Akaun bagi memudahkan mereka menyemak akaun secara online mulai Januari tahun depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata ia bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemaskini penamaan mereka apabila berlaku perubahan seperti berkahwin, penceraian atau kelahiran anak.

"Kegagalan mengemaskini penamaan ini boleh menyebabkan orang tersayang menderita jika ahli meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya ia merupakan akaun online peribadi untuk ahli dan majikan menjalankan transaksi terpilih melalui laman web myEPF dengan selamat.

"Ahli-ahli digalakkan menyemak butiran penama mereka seperti ejaan nama, nombor MyKad dan peratusan agihan kepada setiap penama apabila kemudahan online ini disediakan," katanya.

Berita selanjutnya, [klik di sini]


Jika suka dengan artikel di atas, sila klik di sini untuk mengetahui tawaran hebat dari pihak PERODUA kepada para pelanggan seluruh Malaysia. Anda pasti akan 'suka' / 'like'. Keselamatan anda dan yang tersayang tiada galang gantinya...



Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX