LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Monday 5 December 2011

Widgets

TIGA PENJENAYAH BEKAS PEKERJA BAPA MANGSA DITEMBAK MATI



IPOH, 5 Dis : Tiga penjenayah yang ditembak mati ketika berbalas tembakan dalam kes culik anak seorang ahli perniagaan di kawasan hutan Sungai Sejuk, Batu 3, Lintang, Sungai Siput, Sabtu lalu, merupakan bekas pekerja kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tiga penjenayah berumur 25 hingga 30 tahun itu telah menuntut wang tebusan berjumlah RM500,000 daripada anggota keluarga mangsa yang tinggal di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, dalam kejadian 6.40 petang, mangsa berusia 23 tahun itu diselamatkan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Siput akibat cedera ringan dan keluarganya telah membuat laporan polis di Kedah pada 28 November lalu selepas menerima panggilan daripada mangsa bahawa dia telah diculik dan penjenayah meminta wang tebusan.

Hasil siasatan oleh kontinjen Kedah, Perak dan Ibu Pejabat Bukit Aman telah mengesan kedudukan penculik di Sungai Siput, katanya pada sidang akhbarnya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, dalam usaha menyelamatkan mangsa, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan setelah penjenayah terbabit bertindak agresif dengan melepaskan enam das tembakan.

"Dua daripada penjenayah mati di tempat kejadian manakala, seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput setelah mengalami cedera parah," katanya.

Mohd Shukri berkata, polis merampas pistol jenis Revolver .38, enam kelongsong peluru, empat parang dan empat telefon bimbit.

"Salah satu telefon bimbit berkenaan digunakan untuk menghubungi pengadu bagi menuntut wang tebusan. Seorang daripadanya mempunyai pengenalan diri manakala, dua lagi tidak mempunyai identiti.

"Kesemua penjenayah telah terlibat dalam kes sama di beberapa daerah di Kedah seperti dua kes di Kuala Muda dan masing-masing satu kes di Kubang Pasu dan Kota Setar. Penglibatan mereka di negeri-negeri lain sedang disiasat," katanya.

Katanya, polis telah membuka dua kes di mana Polis Perak menyiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 manakala, Polis Kedah membuka siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Berita selanjutnya, [klik di sini]

[Berita dari TV3]





Jika suka dengan artikel di atas, sila klik di sini untuk mengetahui tawaran hebat dari pihak PERODUA kepada para pelanggan seluruh Malaysia. Anda pasti akan 'suka' / 'like'. Keselamatan anda dan yang tersayang pastinya tiada galang gantinya...

Comments
0 Comments

0 ulasan:

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX